Pada tarikh keramat 18 April 2009,tepat pada pukul 10 di malam yang sedikit mendung dan ditiupi oleh angin sepoi-sepoi bahasa,saya mencepatkan langkah keluar dari bilik R5,Kolej Antarabangsa IKIP Kuantan untuk pulang seketika ke rumah sewa yang mana terletak tidak jauh dari tempat saya belajar.Debaran semasa perbentangan subjek 'Sejarah Pemikiran Ekonomi Islam' sebelum itu mula surut perlahan-lahan.Pada masa itu jugalah,fikiran saya sentiasa melayang-layang membayangkan keseronokan yang bakal dirasai oleh saya dan teman-teman di dalam perjalanan malam bersama-sama ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur di PWTC sekejap lagi.


Pada masa itu,saya terus meminjam motor Ain,teman satu kumpulan perbentangan saya untuk pulang dan mengemas segala keperluan dan pakaian untuk dibawa ke Kuala Lumpur nanti.Manakala teman-teman lain,tersirat pada raut wajah masing-masing keseronokan yang bakal dirasai dalam perjalanan yang penuh mencabar ini,iaitu perjalanan pada waktu malam tambah-tambah lagi keadaan kami yang keletihan kerana kelas yang bermula sejak petang lagi.

Apabila semua persiapan berada pada tahap yang baik,saya bersama teman-teman yang lain mula berangkat dari asrama Kolej Antarabangsa IKIP 5,Taman Pertanian dengan menggunakan 2 buah kereta persendirian iaitu sebuah kereta Proton Wira dan juga Proton Iswara mlik Abdul Hakim dan juga Azlan Shah.Perjalanan kami terpaksa dipisahkan ataupun dileraikn sekejap pada permulaannya kerana beberapa masalah,seperti tertinggal barang di rumah sewa dan juga saya bersama Hamdi,teman dari Kampung Awah,Temerloh untuk singgah di mesin ATM di POLISAS bagi mengeluarkan duit pembelanjaan kami selama mana berada di Kuala Lumpur nanti.Apabila tiba di Pintu Utama POLISAS,seleps meminta kebenaran masuk sekejap untuk mengeluarkan duit yang baru dimasukkan.Alangkah malang nasib kami kerana tidak menyebelahi kami, Allah sebenarnya ingin menguji tahap kesabaran kami pada malam itu apabila sistem mesin tersebut sedang dalam penyelenggaraan.Maka,terpaksalah saya menebalkn kulit muka ini untuk meminjam wang daripada teman-teman yang lain.Biasalah,kita sepatutnya mengetahui bagaimana hendak menguruskan diri kita terutama ketika dalam kesusahan yang melibatkan
wang untuk pembelanjaan diri.

Kami bertemu kembali di stesyen minyak seperti yang dijanjikan sebelum ini.Setibanya kami di sana,teman-teman yang lain terus menyerbu kedai serbaneka yang terdapat di stesen minyak tersebut bagi membeli makanan ringan untuk dimakan di dalam kereta nanti.Saya pula masih terkebil-kebil memikirkan adakah perlu bagi saya untuk meminjam wang dari teman-teman?Punca bagi masalah ini sebenarnya adalah kerana kad ATM Bank Islam saya tidak berfungsi dengan baik, yang mana sistem MEPS tidak diaktifkan dan memerlukan hanya mesin ATM Bank Islam sahajalah yang dapat sya keluarkn duit dari akaun simpanan.Tentu menyusahkan,betul tak!tetapi saya mengaggapnya satu ujian daripda ALLAH buat hambaNya ini.Mungkin Allah mahu saya bermuamalat dengan bank yang betul-betul berkonsepkan Islam semata-mata? Berbalik pada kisah tadi,apabila 'urusan ' peminjaman mencapai kata putus bersama Hamdi,saya membeli beberap jenis makanan dan minuman yang mana tujuan utamanya adalah ingin mengembalikan tenaga yang hilang sejak semalam lagi.Hanya Allah sahajalah yang Maha Mengetahui.Semua barang-barang tersebut saya membelinya tanpa berfikir panjang,tambahan lagi perut saya yang masih belum diisi sejak satu hari sebelumnya akibat terlalu sibuk menerjemah,membuat nota serta ringkasan dari kitab l-wajiz fi fikr Iqtisod Wad'i Wal iqtisod Islamiy.

Tepat pukul 11 malam,perjalanan kami pun bermula yang didahului sebelum itu dengan bacaan doa agar selamat sampai di Kuala Lumpur nanti dan juga mengelak dari sebarang musibah yang menimpa kami semua.Di sepanjang perjalanan,kami terpaksa menahan kelopak mata ini dari terlelap kerana bimbang akan memberi kesan pada pemandu nanti.Dalam perjalanan ini juga terdapat saat mencemaskn apabila mengelak daripada kereta lain yang tiba-tiba dipandu perlahan di jalan highway,itulah yang amat memelikkan kami.Pada saat itu jugalah,tahap pergantungan kami semua kepada Allah subhanahuwata'ala amat tinggi,tidak hairanlah nyawa kami semua boleh melayang sebegitu sahaja.

Kami juga sempat singgah di perhentian R&R Temerloh bagi memanaskan tekak masing-masing,tetapi teman -teman sekalian dilihat lebih suka menekup muka mereka diatas meja makan lagi akibat dari mengantuk.Itulah suasana yang jarang dilihat yang mana kami ber-10 mengerumuni meja makan tetapi hanya lebih kurang 2 orang sahaja yang menempah air sahaja.Selepas itu,perjalanan diteruskan lagi,kali ini dengan cabaran yng lebih hebat iaitu melalui lebuhraya yan berbukit-bukit dan berliku-liku.Perasaan gementar dan bimbang juga terasa di hati jikalau kemungkinan akan berlaku sesuatu yang buruk pada kami di sepanjang perjalanan ini.Doa terus menerus dibaca agar dicepatkan sampai moga-moga semuanya selamat dan dapat mencapai segala matlamat kami sepanjang berada di Kuala Lumpur ini.


Bersambung......

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati