"Cepat-cepat,van sekolah dah sampai!"jerit saya kepada abang.
Ketika itu,abang bersama rakan-rakannya berlari ke arah van.Alangkah gembiranya saya dapat pulang bersama-sama dengan abang.
Saya bersama satu-satunya abang kesayangan,Mohd Arif Fikri..tidak silap saya kenangan ini berlaku ketika saya berumur 7 tahun,manakala abang saya berumur 9 tahun,kami belajar di sekolah yang sama,Sekolah Kebangsaan Kamil 2,Pasir Puteh..
Masih lagi terbayang-bayang di fikiran saya kenangan pada suatu petang di sekolah saya,yang mana pada suatu hari yang diadakan kelas fardhu ain setelah tamat sesi persekolahan pagi,saya bersama-sama abang duduk di bangku untuk menuggu van sekolah..Kebiasaan kami menaiki van sekolah untuk pergi dan pulang dari sekolah.
...apabila semua penumpang memenuhi van sekolah tersebut,tidak silap saya pemandu van ketika itu namanya Abang Din,mengarahkan pintu van ditutup.Saya dan abang akhirnya dapat juga duduk bersebelahan di atas kerusi di bahagian belakang sekali,manakala kawan-kawanya berada di sebelah kiri van.Saya masih ingat ketika itu saya berada di sebelah tingkap van.Biasalah,saya badan montel ketika itu,cepat panas..apa lagi memang kerusi di tepi tingkaplah menjadi sasaran saya untuk menyejukkan badan yang berpeluh ini.Tambahan lagi kami adik-beradik sentiasa memakai songkok ke sekolah.Tidak hairanlah,warna songkok kami sejak akhir-akhir musim persekolahan,semakin hari semakin berubah warna.Cuba bayangkan kami memakai songkok yang berwarna hitam,tetapi telah berubah warna seakan-akan coklat tua..entahlah,terlalu berhabuk kot..
Tetapi abang saya seorang yang cermat dan teliti dalam berpakaian,sifat inilah membuatkan saya kagum terhadapnya.Dalam bab berpakaian,dialah yang selalu menang.teknik penjagaan songkok pun dialah yang mengajar saya cara untuk memakai,menjaga dan juga membersihkannya.
Kadang-kadang apabila teringatkan balik satu kenangan tentang penjagaan songkok ini adalah kami selalu menggunakan berus dan pengilap kasut kulit abah berjenama 'Kiwi' bagi membersihkan dan menampakkan songkok kami kelihatan hitam dan baru.Abah juga berasa hairan kenapa pengilap kasutnya selalu cepat habis.
Tergelak juga saya keseorangan apabila terkenangkan kisah ini.
"Duduk molek skit kat tingkap tuh,jago songkok tuh.."pesan abang kepada saya.
"Ho.. la"balas saya selamba.
Pada saat kepulangan inilah yang paling ditunggu saya setiap hari kerana pertama,sudah tentulah ingin berehat bersama keluarga dan adik-beradik.Yang kedua adalah ingin menampung balik kekosongan perut,sudah tentu hendak makan...Biasalah,pada waktu itu wang saku yang diberikan abah hanyalah 50 sen,cukuplah untuk membeli nasi lauk ikan gulai kuning yang ketika itu berharga 20 sen!Murah kan...tambah pula hilangkan haus dengan air berharga 10 sen dan juga keropok lekor.
Manakala untuk abang pula sebanyak RM 1 untuk pembelanjaan sehariannya di sekolah,tetapi saya mengerti bahawa abang adalah seorang yang berjimat cermat dalam membelanjakan setiap duitnya.
Tiba-tiba,ketika van sekolah yang membawa kami pulang itu berselisih dengan bas sekolah yang ketika itu bergerak bertentengan kami dengan laju,telah menyebabkan songkok saya ditolak angin yang menerjah masuk melalui tingkap van sekolah yang saya naiki itu.Perasaan terkejut,disusuli dengan perasaan gementar kerana songkok saya tiada dipangkuan..fikiran mula meneka adakah songkok saya telah jatuh melaui tingkap tadi?...
Tidaaaakkkk!!!
Saya terus memandang ke luar tingkap van jika ternampak songkok saya yang terjatuh tadi,tetapi tidak kelihatan,mungkin entah ke mana dilanggar kenderaan-kenderaan yang memecut laju,tidak pun terjatuh ke dalam van!
Saya mula membongkok-bongkokkan badan mencari di celah-celah kerusi,tetapi penglihatan amat terhad akibat penumpang-penumpang yang padat ketika itu.
"Bakpo ngoh,cari gpo?"tanya abang saya kepelikan melihat gelagat saya yang tidak tentu arah.
"Ngoh",itulah panggilan bagi diri saya dirumah oleh keluarga dan juga saudara-mara yang lain."Ngoh "itu maknanya Abang Ngah,panggilan untuk anak kedua,yang mana menjadi kebiasaan dalam tradisi masyarakat Melayu di Malaysia..
Tetapi,satu perkara lagi yang memelikkan adalah saya memanggil diri saya ini dengan panggilan "Awo"...entahlah dari mana datangnya 'kalimah' pelik ini..Setahu saya,"Awo' itu barasal dari nama saya "Asrul",tetapi disebut dengan bunyi yang lain ketika saya masih belum petah ataupun fasih bercakap ketika kecil dahulu,dalam loghat Kelantan dipanggil "Telo".
Ini juga menjadi satu kelainan bagi diri saya daripada adik-beradik yang lain,iaitu dari sudut panggilan nama,kerana semua adik-beradik saya dipanggil mengunakan nama mereka sendiri,sedangkan saya sedikit berbeza.Tidak hairanlah,bunyi nama 'Asrul' itu memang jarang sekali kedengaran di dalam rumah saya.Pelik kan!....
"Songkok awo ile la Rih,tadi angin tolok tok tahu jatuh mano.."
saya mengadu pada abang dengan memanggilnya "Rih" yang berasal dari namanya iaitu "Arif".
Kami mula sama-sama mencari songkok itu,di celah badan kami dan juga di bawah tapak kasut jika terselit ataupun terpijak.Tiba-tiba saya ternampak satu objek hitam di belakang kerusi di tempat kami duduk tadi.Oleh kerana kerusi itu sedikit panjang,yang mana memuatkan 5 orang saiz kami ketika itu,amat sukarlah bagi saya untuk mencapainya.Dengan saiz badan abang pula yang sedikit kecil berbanding saya,turut juga gagal untuk mengambilnya tambahan pula dengan kedudukan kami yang berada di tempat yang padat dengan penumpang-penumpang.
"Takpo la kalu tok sapa,awo ambik esok la..."terang saya untuk menenangkan keadaan abang yang kelihatan gelisah memikirkan untuk mengambil songkok saya yang tersepit di bahagian belakang,hujung dan paling bawah kerusi van sekolah itu.
"Tok leh,nati ile gak susoh plok.."abang saya menjawab dalam kerisauan.
Saya tahu yang mana songkok yang kami pakai itu adalah songkok Hari Raya kami yang lepas.Abah telah berpesan,kalau hendak pakai songkok ketika hari raya,kami hendaklah menjaganya elok-elok kerana harga songkok pada waktu saya kecil dahulu memanglah mahal,RM35 ringgit harganya..cuba bayangkan wang saku saya ketika itu hanyalah 50 sen,berapa harikah saya perlu kumpul wang tersebut untuk menggantikan songkok itu jika hilang?
Tentulah 70 hari!...bermakna 14 minggu sesi persekolahan saya..itupun jika saya tidak menggunakan langsung wang saku tersebut untuk membeli songkok baru!Ah,lupakan sahaja kerja gila ini....
"Eh,mu bleh dok ambik sokok adik aku,jatuh blake krusi nih?"tanya abang saya kepada rakan-rakannya..
Nampaknya pertanyaan abang aku tadi tidak 'berapa' dihiraukan sangat oleh rakan-rakannya,cuma mempamerkan raut wajah yang sedikit terkejut di samping keletihan.
"Iyo ko" salah seorang rakannya menyapa.
"Eh,tolong ar,aku upah 2 yar."abang saya menawarkan kepada rakannya itu.
"Jolo eh?..meh aku tera ambik."cepat-cepat rakannya yang saiz badannya lebih besar sedikit dari kami berdua berdiri dalam keadaan berebut-berebut.
"2 yar!"..bisik saya terkejut di dalam hati.
Saya tahu,2 ringgit itulah hasil simpanannya hari ini dan yang semalam.Hati saya mula menjadi sayup.Mana tidaknya,sikap saya yang tidak menabung pada waktu itu dan juga kadang-kadang meminta duit tambahan daripadanya mula menginsafkan saya.Saya sedar yang ketidak mampuan ataupun kekurangan abang saya dari segi saiz fizikal mahupun di dalam aspek pelajaran sedikit sebanyak dapat ditampung dengan sifat tanggungjawabnya sebagai seorang abang kepada adik-adiknya yang mana nyata terserlah sejak dia di bangku sekolah lagi.
"Haa,boleh pun!"jerit rakannya.
"Terimo kasih,nah nih duit 2 yar"..tergambar di muka abang saya satu kepuasan apabila songkok saya itu berjaya diambil sebelum sempat van itu berhenti di hadapan rumah kami.
"Ngoh,ambik nih sokok,sapuh-sapuh skit kotor kat sokok tuh,nanti abah nampok kan."pesan abang saya yang mana bimbang abah akan mengetahui bahawa saya tidak menjaga songkok dengan baik.
Setibanya van di hadapan rumah kami,saya bersama abang turun cepat-cepat dan terus berlari menuju ke rumah.
"Yea....!!!!"jerit saya sambil berlari bersama-sama dengan abang.Kelihatan adik-adik yang lain bersama umi dan abah sedang membersihkan halaman rumah.
Hingga ke saat ini,apabila terkenangkan peristiwa ini,kadang-kadang saya akan terfikir apakah jasa saya yang telah saya curahkan kepada satu-satunya abang saya itu,adakah dalam segi pelajaran?...Agama?...ataupun mendoakan kesejahteraanya di dunia dan akhirat?...hanya Allah yang Maha Mengetahui...
Moga-moga Allah memberkatinya dan melindunginya sepanjang masa tidak kita di mana berada....Amin.
Ya Allah...Indah sungguh saat itu....
- Jihad Boyz-
- atas tilam empuk,
rumah Pusaka IM,
Kuantan, Pahang
- 0206
-Jumaat 08 Mei 2009 / 13 jamadil akhir 1430 hijrah.
Homeschool Tuition di Kuantan
8 years ago